Saturday, November 3, 2012

Dia yang Pergi Mengadap Ilahi...


Gambar di atas merupakan anak muridku yang telah pun tiada di dunia fana ini..Jika dulu pernah ada sejarah juga pelajarku..kini pada tahun 2012 juga ada sejarahnya yang tersendiri..Kadang pemergian ini sukar ditaksir..malah aku pun terkesima dengan berita yang baru diterima sewaktu aku berpantang Jan-Mac 2012..aruwah merupakan pelajar yang baik dan bersifat sederhana..apa pun aku redha dengan ketiaadaan dia sepertimana ibu aruwah yang pernah kehilangan dua orang anak sebelum ini dan aruwah merupakan kehilangam ketiga bagi ibunya.. bertapa sepinya di sisi seorang ibu yang kehilangan anak yang sudahpun remaja, pelbagai dugaan diharung bersama, membesar dia dihadapan mata, selalunya dia akan pulang bila hari minggu menjelang, selalu dia akan meminta jika inginkan sesuatu, selalu dianya akan merajuk bila ditegur...sekarang dia telah tiada sama seperti aruwah abangnya yang lain..sayu hati ibu kerana hari itu ibu terpaksa terima anaknya telah TIADA..hilang lagi satu mutiara hidup ibu..sampai saat dan waktu DIA datang menjemput walaupun tanpa kerelaan hati..Aku tunpang berada disisi situasi ibunya..sayu...anak..lahirmu membawa keceriaan dalam hidup ibu..bila tiada maka hilanglah seri dimuka ibu..ibu akan sentiasa mengingatimu dan mengiringkan doa untukmu di sana..moga kita akan berjumpa di Syurga nanti..

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Raya 2011

      Sambutan Hari Raya pada tahun ini diadakan secara besar-besaran...melibatkan para pelajar dan juga semua staff...lembu di tumbangkan bagi jamuan hari raya ini...gulai kawah di sediakan...beserta beberapa gerai makanan dihias cantik...semua kakitangan dan pelajar memakai baju hari raya...secara langsungnya ada persembahan yang diadakan di dewan. 

Gambar di dewan.

Gambar menjamu selera...hihihi...

ADA MASA NNT KITA SAMBUNG.......

Memori Raees Di NICU USM

Penantian kedua ibu dan ibu mertuaku. Untuk menunggu saat-saat kelahiran anak syurgaku yang tersayang. TQ Allah swt. Pinjamkan insan-insa...