Monday, October 27, 2014

Afnan 4tahun

Bila nak masuk sekolah...umi jadi terfikir-fikir sekolah mana untuk anak umi tersayang ini,,,

"umi doakan agar anak umi, Afnan  menjadi anak yang soleh
umi doakan anak umi, Afnan berjaya didunia juga akhir
umi doakan anak umi, Afnan sentiasa diberkati oleh Allah swt
umi sayang anak umi, Afnan"

Pada mulanya umi hantar Afnan di satu sekolah yang berbayar sebanyak RM180.00 sebulan..Pada umi itu pilihan sekolah yang the best untuk anak umi..sekolah itu mmg terkenal dengan anak-anak kecil yang pandai menghafal al-quran..pada hari pertama Afnan elok-elok je pergi..walaupun cikgu ada bagitahu dia menangis kerana tak biasa berada di sana.. hari kedua elok je dia pergi ke sana..masuk hari ketiga jenuh umi memintas Afnan dalam kereta..bila buka pintu depan dia ke belakang..buka pintu belakang dia ke depan..huhuhu sedih umi..umi dah lewat nak nak pergi kerja....huhuhuhu


petang bila nak pergi jemputnya rupa-rupanya dia merajuk satu hari kat sekolah..xmahu makan..xmahu mandi dan sebagainya...aduh sedih umi tengok wajah anak umi yang mengalirkan air mata bila terlihat umi turun dari kereta...


So umi balik bagitahu papa..sesudah berbincang umi dan papa buat keputusan untuk hantar afnan ke sekolah yang sama dengan abib..anak sepupu sekurang-kurangnya dia kenal abib..


sekarang afnan tak lagi menangis...dah pandai urus diri umi sangat senang hati..


                                ~~tamat~~



Wednesday, June 25, 2014

Jenguk sekejap di Istana Kubang Kerian

ISTANA MAHKOTA KUBANG KERIAN
Bersama Raziq Afnan di ruang pameran.

Papa bersama baby Rizq Azri


Oh ye gambar ini di ambil semasa tahun 2012 sewaktu pintu besar istana Kubang Kerian dibuka untuk rakyat jelata masuk. Almaklum la sambutan hari kelahiran Raja Muhammad IV. So hari tu ada rasa nak masuk sana. Rasanya dah masuk umur 28 tahun baru berapa kali je masuk kat sini. Ikutkan aku ni kampung sebelah istana..Sekolah dulu pun sebelah istana..Sapa yang geng SMKKK2..pasti mereka setuju kalu aku cakap lompat pagar belakang sekolah lari pecut 200 meter sampai pintu pagar Istana..hihihi... yoyoyo.. macam pernah je buat cam tu...Oh ye kenapa susah sgt ke nak masuk sini?? xde susahnya sebab tiap2 tahun mmg ada je majlis tapi untuk org tertentu je..untuk rakyat ada tapi untuk yang terlibat je..Yang paling aku ingat masa Dato Siti Nurhaliza datang wat konsert dulu..Sempat la aku masuk lihat konsert tersebut dan lihat burung gergasi yang di arak...Tapi selepas tu dah tak pernah masuk...Kenapa ye??? ooo.. Ye la nak masuk cam ne dulu-dulu belajar lepas belajar kena kerja nunnn jauh Sabah Bah...so waktu pintu keramat yang besar ini buka kali ni teringin nak masuk..Kt sini dapatlah tengok ikan besar lagi besar dengan baby aku tu...Hisshh xsangka besar benor ikan tu...Tinjau sana sini dapatlah rasa sausana jadi anak raja macam mana..Aku ni lahir dengan adik beradik yang ramai kaan.. terpikir juga kalu di beri Istana yang besar cam ni dan sunyi je..Tak sanggup nak duduk...Lebih baik pula riuh rendah dengan suara adik beradik..Ni kalu lepas anak kat dalam rumah penat nak cari gi menyorok kat celah mana..Patut Raja2 perlu pakai pengasuh...Emm dah dia RAJA..kita apa..hihihihi Alhamdulillah kita pun hamba Allah juga kan..Hidup dengan cara kita je la Insyallah lagi seronok dan penuh nikmat..;) depends la kan..

Memori Raees Di NICU USM

Penantian kedua ibu dan ibu mertuaku. Untuk menunggu saat-saat kelahiran anak syurgaku yang tersayang. TQ Allah swt. Pinjamkan insan-insa...