Monday, April 19, 2010

"Suratan Takdir Illahi"


“Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata’ala berfirman, artinya, “Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (QS: Qaaf: 19)

Amatlah memilukan hati ini apabila Siti dapat berita pada jam 11.04am 19 April 2010 (Isnin, bekas pelajar Siti telah meninggal dunia setelah lama lumpuh kerana kemalangan kira-kira tahun 2007. Maknanya sudah mencecah 2 tahun arwah terpaksa mengharungi hidup yang lumpuh. Kejadian kemalangan malang ini terjadi berhadapan dengan pintu pagar utama ILPSDK, arwah dan 4 orang kawan menaiki kereta abangnya untuk berjumpa dengan kawannya yang tinggal diasrama, ketika ini arwah sedang menjalani OJT/LI. Ditambah waktu malam yang gelap dan selekoh yang tajam serta berkemungkinan kawalan kereta yang tidak baik menyebabkan arwah merempuh pokok dan kereta terbalik ditempat kejadiaan. Arwah dikejarkan ke hospital kerana cedera parah, manakala 4 org kawan yang menumpang kereta yang sama dirawat sebagai pesakit luar.

Di atas adalah gambar kenangan kami semasa jamuan perpisahan dibuat. Sekarang tinggal sebagai sejarah. Dan pada bulan ini 2 artis Malaysia jua telah meniggal dunia. Din Beramboi dan Achik Spin. Al-Fatihah untuk semua arwah yang siti kenali.Amin.

No comments:

Post a Comment

Raees sygku acap mkn roti. Bilaku pandang wajahmu. Hilang dukaku.