3 OCT 2013 3.00 am
aku gembira bila melihat mak saudaraku sedar dari komanya yang semalam..dia pun gembira dan kami sama-sama bersyukur.....tiing tong....ting tong....aku terjaga apabila loceng berbunyi...aku terus melompat dari katil dan membuka pintu tanpa menoleh jam di dinding..terlihat sepupuku Izzat Amir..raut wajahnya sedih...knp?? "kak lin MOK dah TAK DOP" hah!! aku menutup mulutku...tadi...tadi kak lin tengok dia sedar..OOOhhh aku bermimpi rupanya...Ya Allah...terus seluruh urat sarat badanku kecur badanku lembik dadaku berombak..air mata bercucuran apabila mendengar berita tersebut...ya Aku TAHU ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA...lalu aku mencapai anak kunci kereta untuk ke hospital..rupanya kakiku kebas dan xbermaya untuk menekan pedal minyak..hanya Tuhan yang tau perasaanku ketika itu...smpai ke hari ini aku bagai terlihat-lihat dirinya ada diruang antara kami..suaranya yang bergelak tawa bermain dengan anak-anakku..suaranya berbual-bual dengan diriku..mgajakku makan...menunggu setiap pagi di tangga untuk menyambut anakku..Ya Allah aku mohon kepadamu kau hapuskan segala dosa-dosa hambamu AZIRA BT AWANGLAH..kau lapangkan pusaranya..kau berikan jalan untuk aku meneruskan hidu tanpa dirinya yang seakan-akan aku merasa dia masih ada...
Monday, October 28, 2013
Saturday, November 3, 2012
Dia yang Pergi Mengadap Ilahi...
Gambar di atas merupakan anak muridku yang telah pun tiada di dunia fana ini..Jika dulu pernah ada sejarah juga pelajarku..kini pada tahun 2012 juga ada sejarahnya yang tersendiri..Kadang pemergian ini sukar ditaksir..malah aku pun terkesima dengan berita yang baru diterima sewaktu aku berpantang Jan-Mac 2012..aruwah merupakan pelajar yang baik dan bersifat sederhana..apa pun aku redha dengan ketiaadaan dia sepertimana ibu aruwah yang pernah kehilangan dua orang anak sebelum ini dan aruwah merupakan kehilangam ketiga bagi ibunya.. bertapa sepinya di sisi seorang ibu yang kehilangan anak yang sudahpun remaja, pelbagai dugaan diharung bersama, membesar dia dihadapan mata, selalunya dia akan pulang bila hari minggu menjelang, selalu dia akan meminta jika inginkan sesuatu, selalu dianya akan merajuk bila ditegur...sekarang dia telah tiada sama seperti aruwah abangnya yang lain..sayu hati ibu kerana hari itu ibu terpaksa terima anaknya telah TIADA..hilang lagi satu mutiara hidup ibu..sampai saat dan waktu DIA datang menjemput walaupun tanpa kerelaan hati..Aku tunpang berada disisi situasi ibunya..sayu...anak..lahirmu membawa keceriaan dalam hidup ibu..bila tiada maka hilanglah seri dimuka ibu..ibu akan sentiasa mengingatimu dan mengiringkan doa untukmu di sana..moga kita akan berjumpa di Syurga nanti..
Wednesday, June 13, 2012
Selamat Hari Raya 2011
Sambutan Hari Raya pada tahun ini diadakan secara besar-besaran...melibatkan para pelajar dan juga semua staff...lembu di tumbangkan bagi jamuan hari raya ini...gulai kawah di sediakan...beserta beberapa gerai makanan dihias cantik...semua kakitangan dan pelajar memakai baju hari raya...secara langsungnya ada persembahan yang diadakan di dewan.
Gambar di dewan.
Gambar menjamu selera...hihihi...
ADA MASA NNT KITA SAMBUNG.......
Sunday, September 25, 2011
Afnan Yang Comel
Anak adalah permata hati yang amat aku sayang..setiap ibu akan merasa kasih dan sayangnya pada anak.Muhammad Raziq Afnan pada ketika ini baru berusia 5 bulan..Geram melihat mukanya yang cute dan kepalanya yang masih botak.
| Anak Ku Sayang Bersama Family At Taman Anis |
| Bersusah Payah Mereka Berdua Settlekan Afnan... |
Monday, April 19, 2010
"Suratan Takdir Illahi"

“Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata’ala berfirman, artinya, “Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (QS: Qaaf: 19)
Amatlah memilukan hati ini apabila Siti dapat berita pada jam 11.04am 19 April 2010 (Isnin, bekas pelajar Siti telah meninggal dunia setelah lama lumpuh kerana kemalangan kira-kira tahun 2007. Maknanya sudah mencecah 2 tahun arwah terpaksa mengharungi hidup yang lumpuh. Kejadian kemalangan malang ini terjadi berhadapan dengan pintu pagar utama ILPSDK, arwah dan 4 orang kawan menaiki kereta abangnya untuk berjumpa dengan kawannya yang tinggal diasrama, ketika ini arwah sedang menjalani OJT/LI. Ditambah waktu malam yang gelap dan selekoh yang tajam serta berkemungkinan kawalan kereta yang tidak baik menyebabkan arwah merempuh pokok dan kereta terbalik ditempat kejadiaan. Arwah dikejarkan ke hospital kerana cedera parah, manakala 4 org kawan yang menumpang kereta yang sama dirawat sebagai pesakit luar.
Di atas adalah gambar kenangan kami semasa jamuan perpisahan dibuat. Sekarang tinggal sebagai sejarah. Dan pada bulan ini 2 artis Malaysia jua telah meniggal dunia. Din Beramboi dan Achik Spin. Al-Fatihah untuk semua arwah yang siti kenali.Amin.
Friday, April 16, 2010
Kiranya masa tidak penah menunggu kita. Waktu ini siti tidak pernah terjangka akan melangsungkan perkahwinan dengan cepat walaupun ketika ini tidak pernah langsung siti berangan ingin naik pelamin. Tapi jodoh siti amat dekat dengan siti. Jodoh itu bagai mengejar siti dari belakang.
Siti amat bersyukur atas keredhaan Allah swt yang telah pun memberi jodoh pada siti. Husband siti adalah pilihan keluarga atau orang tua. Siti tidak sempat untuk mengenalinya sebelum kahwin. siti serahkan sebulat kepercayaan pada keluarga. Insyallah semuanya akan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Raees sygku acap mkn roti. Bilaku pandang wajahmu. Hilang dukaku.